Friday, March 16, 2012

Chocolate Brownies Lapis Cheese Kukus

BAHAN-BAHAN ADUNAN CHOCOLATE :-
- 200 gm mentega/marjerin
- 200 gm coklat (disagat atau dipotong kecil-kecil)
- 170 gm tepung gandum
- 30gm serbuk koko
- 4 biji telur
- 170 gm gula halus

BAHAN-BAHAN ADUNAN CHESE:-
250gm Cream Cheese
60gm gula kastor
1 biji telur gred A
25ml air

CARA BUAT ADUNAN CHEESE:-
Campurkan semua bahan kecuali telur. Pukul sampai kembang. Masukkan telur dan pukul sekejap bagi rata. Ketepikan.

CARA BUAT ADUNAN CHOCOLATE :-
- Cairkan mentega/marjerin bersama hirisan coklat secara Double-Boil sambil kacau rata. Biar suam dan ketepikan.
- Ayak tepung dan koko biarkan dalam satu bekas lain
- Pukul telur dan gula dalam bekas yg lain sehingga kembang dan masukkan tepung bersama koko yang telah diayak tadi. Kacau dengan spatula dan masukkan mentega bersama coklat yang telah dicairkan. Gaul sehingga rata. Tuang separuh dalam loyang 11x11 yang telah digriskan. Kukus selama lebih kurang 15 minit dalam periuk kukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Bila sudah masak, tuangkan adunan cheese dan kukus lagi selama 15 minit. Dan tuangkan baki separuh lagi adunan chocolate di atas lapisan cheese dan kukus lagi selama 15 minit. Angkat dan sejukkan. Lebih sedap disimpan dalam petisejuk dan makan semasa sejuk.

Ayam BBQ Impian Rimba



BAHAN-BAHAN:-

- Ayam (ikut keperluan berapa org nak makan)
- Beberapa biji bawang besar
- Beberapa biji bawang putih
- Beberapa batang serai
- Gula secukup rasa
- Garam secukup rasa
- Sedikit serbuk kunyit

CARA-CARA :-
Basuh ayam dan toskan. Blender halus / tumbuk halus bawang besar, bawang putih, serai, campurkan dengan gula, garam dan serbuk kunyit dan perap ayam dengan bahan2 ni beberapa ketika atau semalaman. Lepas tu bakar sampai masak dan bolehlah dimakan.

Followers