Sunday, January 7, 2018

NASI AYAM

Ni resepi akak bg , hampa agak2 la naa .  Sbb akk mmg cmpak2 ja .. 

Resepi nasik ayam simple :

Ayam di potong 4 @ suke korg la nak ayam byk mana . Basuh selawat & tos .. Lemak2 ayam jgn d buang , nanti nak tumis ngn nasi .. Letak tepii yee LEMAK AYAM

📌SUP AYAM :

*Bawang merah
*Bawang putih
*Halia

Tumbuk kasar @ hiris bahan bertanda * 

Masok air dlm periuk , lebih sikit naa sbb nak masak nasik , buat sos smua guna dari sup .. Campak bahan yg d tumbuk tadi masok dlm periuk , buh seketoi kiub pati ayam , buh sup bunjut , boh serbuk perasa / garam .. Bila dh mendidih , masok ayam yg di potong 4 . Bila ayam dh masak , angkat ayam msok bekas lain & tuang ais batu kat atas ayam (utk hilangkan haba spya aym kekal juicy)

📌PERAPAN AYAM : 

Ayam yg korg rendam dengan ais batu td , korg toskan .. Lepastu tuang laa KICAP MANIS ABC + KICAP TAMIM .. Kalau ada madu , buh sekali , akk boh gula jaa nak buh sos tiram pon boleh .. Perap kejap then goreng secara DEEP FRY

📌NASI AYAM :

Basuh beras & tos 

Buah pelaga
Bunga lawang
Kulit kayu manis
Daun pandan (simpul)
Kiub pati ayam
Serbuk kunyit sikit
Planta
Lemak ayam
*bawang merah
*bawang putih
*halia

Tumbuk kasar bahan bertanda *

Panas kuali , boh lemak ayam dulu , api slow .. Bg lemak ayam tu cair mcm mnyak .. Bila lemak ayam dh cair , masok planta 2 sudu , pastu tumis smua bahan2 kat atas td .. Agak dh garing , tuang beras yg dh d basuh td .. Kaup balik & masok dlm rice cooker + sup .. Ok siap bab nasi (bab air korg pandai2 laa naaa)

📌SOS CILI :

*Cili hidup 5-7 biji ATAU cili api merah 5-7 biji
Nak cmpor boleh , xnak cmpor pon boleh
*Bawang putih 1-2 ulas
*halia sehiris
*cuka
*gula 1-2 sdb
*sup

*Blend smua bahan sampai hancur pastu masak atas api sekejap sampai sos pekat .. Masa ni korg rasa2 laa apa kurang , kalau bau cili kuat , korg tuang lagi cuka hehhehe .. Ok perasakan smpai korg puas hati

📌SOS KICAP : 

Guna perapan ayam tadi , masak atas api kejap , kalau dia pekat sgt buh sup td .. Perasakan lagi siappppp

📌Lebihan sup td .. Korg panaskan balik , perasakan + daun sup .. Siappp

Sunday, June 22, 2014

Apam Tepung Gandum




APAM TEPUNG GANDUM
Bahan2 (loyang 10x10x3)

4 1/4 cwn  tepung gandum
1/2 cwn  gula perang
1/4 cwn  gula pasir
2 1/2 cwn air
1 peket   yis (mauripan)
secubit garam (opt)
Kelapa parut putih yang dikukus dan dicampurkan sedikit dgn garam utk dimakan bersama apam

Cara2

Sapu sekeliling loyang dgn minyak
Bancuh yis bersama2 dgn 1/2 cawan air dan ketepikan
Gaulkan tepung dan gula bersama2 dan tuangkan bancuhan yis bersama2 2 cwn air ke dlm adunan tepung
Kacau hingga sebati , licin dan x berbintil menggunakan handwhisk
Tuangkan adunan ke dlm loyang dan biarkan ianya naik 2 x ganda selama lebih kurang 45 minit hingga 1 jam
Panaskan kukusan dan kukus selamat 30 - 45 minit
Biarkan apam menjadi sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang
Potonglah apam mengikut bentuk yg anda inginkan dan sedap dihidang bersama2 kelapa parut kukus

SELAMAT MENCUBA

Wednesday, November 27, 2013

Aiskrim Vanila


1 tin susu pekat (krimer manis)
1 sb ovelet
1 biji telur
1 1/2 tin air ( sukat guna tin susu )
1 sb esen vanila

>>> putar telur & ovelet sampai kembang. masukkan susu & air..putar sampai sebati..tambahkan esen vanila & putar lagi...masukkan dlm bekas yg boleh memuatkan 1.5 liter & simpan dlm peti ais..bila dah beku bolehlah dimakan...boleh dimakan bersama roti...

Cheese Cake Meleleh


Bahan2;
-100g tepung naik sendiri(blue key)(d ayak)
-60g tepung jagung(d ayak)
-1 sk baking powder(d ayak)
-1 sb ovellet
-100g gule kastor
-4 biji telur
-2 biji kuning telur
-50ml air sejuk dari peti ais
-75g butter cair


Cara2;
-pukul smua telur hingga kembang n bebuih
-Msuk ovellet n gula pukul sebati
-Msuk tepung,tepung jagung n baking powder yg dh d ayak selang seli bersama air sejuk tadi
-akhir sekali msuk butter cair
-Pukul smpai pekat n putih
-Bakar suhu 150°c selame 45 minit(anie kukus jer 30minit api perlahan
-Bile dh msak sejuk kn kek sblm letak topping.


Untuk topping cheese;
-250g cream cheese
-120g susu pekat

50ml UHT Whipping cream

 ### tuk hiasan 1/2 buku cheddar cheese yg dh d parut tuk hiasan

Cara2;
-Pukul cream cheese n susu pekat sehingga sebati
-belah tengah2 kek n letak cream cheese d tengah2 kek n tutup...letak cream cheese d atas kek n parutan cheddar cheese...
 
 

CRISPY BAR

 
Bahan2:
150 g coklat rice bubles
150 g original rice bubles
150 g cocoa butter
300 g milk choc compound
200 g dark choc compound


Cara2:
1.double boil choc + milk choc + cocoa butter smpai cair...biar suam
2.cmpurkan kedua2 buble rice dlm 1 bkas bsar..
3.kemudian masukkan coklat cair td,gaul sebati dan ratakan dlm loyang,biar sejuk pd suhu bilik,potong dan simpan dlm pti ais.. 


# boleh tmbah alm0nd,raisins n apa2 je kekacang. 

Ayam Goreng Pedas


 

1 Ekor ayam potong 4
3 sudu besar serbuk kari
1 sudu serbuk cili
3 sudu tep.beras
4 ulas bwg putih di tumbuk
Garam kunyit n serbuk perasa


Gaulkan semua bhn dgn ayam dan perap selama 2 jam...lgi lama lgi sedap
Goreng hingga garing

Monday, November 25, 2013

Nasi Ayam Hainan



BAHAN BAHAN
1 ekor ayam
Garam kasar
4'' halia muda saiz 1/4'' setiap satu
2 batang daun bawang saiz 1" setiap satu
1 sudu kecil sesame oil

UNTUK NASI
2 sudu besar chicken fat atau 2 tbsp vegetable oil
3 ulas bawang putih - cincang
1'' halia muda - cincang
2 cawan beras basuh dan rendam dalam 10 minit
2 cawan air rebusan ayam
1/2 sudu kecil sesame oil
1 sudu kecil garam 


UNTUK SOS CILI
1 sudu besar air perahan limau nipis
2 sudu besar air rebusan ayam
2 sudu kecil gula
2 sudu besar sriracha chili sauce
4 cili merah dan sedikit cili padi
4 ulas bawang putih
1'' halia
sedikit garam

UNTUK SOS AYAM
1 sudu besar minyak garlic
1 sudu kecil sesame oil
5 sudu besar light soya sauce
1 1/2 sudu besar gula
3 sudu besar air rebusan ayam


UNTUK HIASAN
1/4 cawan dark soy sauce
Sedikit daun ketumbar
1 timun

CARA CARA
1. Bersihkan ayam dengan menggosok kulitnya dengan garam luar dan dalam bagi menghilangkan sebarang kekotoran. Bilas. Lumurkan garam luar dan dalam. Masukkan halia dan batang daun bawang ke dalam ayam. Letakkan ayam ke dalam periuk besar dan isi dengan air setinggi 1 inci menenggelamkan ayam. Panaskan dengan api yang besar sehingga menggelegak. Sebaik memggelegak, perlahankan api bagi air mendidih perlahan selama 30 minit. Cucuk dengan chopstik di bahagian paha untuk melihat samada ayam dah masak.


2. Selepas ayam masak, tutup api, keluarkan dan rendam ayam dalam air ais untuk menyejukkannya dan menghentikan proses ayam dari terus masak. Ini akan menjadikan kulitmya rangup dan isi nya lembut. Buang halia dan daun bawang. Simpan air rebusan untuk kegunaan lain.

3. Untuk memasak nasi: Tos beras yang direndam. Panaskan 2 sudu besar minyak dari lemak ayam, masukkan bawang putih dan halia sehingga wangi. Masukkan beras dan goreng sekejap dalam 2 minit. Masukkan minyak sesame dan garam. Masukkan air rebusan ayam dan masaklah dalam periuk elektrik. Jika suka boleh juga letak daun pandan.

4. Sementara nasi masak, keluarkan ayam dari air ais dan lumurkan luar dan dalam dengan minyak sesame. Potong ayam untuk dihidangkan. Atau boleh juga, dipotong dahulu sebelum melumur. Sebelum dihidang, tuang sos ayam ke atas ayam yang dipotong

5. Untuk membuat cili sos: Kisar semua bahan sehingga halus.
 
 




6. Untuk membuat sup: Panaskan sup dan masukkan garam dan masukkan bawang goreng atau daun bawang sebagai hiasan.

Hidangkan nasi ayam dengan sos cili, dark soy sauce, taugeh, hirisan timun dan sup.

Selamat mencuba!
 

Followers