Wednesday, November 27, 2013

Aiskrim Vanila


1 tin susu pekat (krimer manis)
1 sb ovelet
1 biji telur
1 1/2 tin air ( sukat guna tin susu )
1 sb esen vanila

>>> putar telur & ovelet sampai kembang. masukkan susu & air..putar sampai sebati..tambahkan esen vanila & putar lagi...masukkan dlm bekas yg boleh memuatkan 1.5 liter & simpan dlm peti ais..bila dah beku bolehlah dimakan...boleh dimakan bersama roti...

Cheese Cake Meleleh


Bahan2;
-100g tepung naik sendiri(blue key)(d ayak)
-60g tepung jagung(d ayak)
-1 sk baking powder(d ayak)
-1 sb ovellet
-100g gule kastor
-4 biji telur
-2 biji kuning telur
-50ml air sejuk dari peti ais
-75g butter cair


Cara2;
-pukul smua telur hingga kembang n bebuih
-Msuk ovellet n gula pukul sebati
-Msuk tepung,tepung jagung n baking powder yg dh d ayak selang seli bersama air sejuk tadi
-akhir sekali msuk butter cair
-Pukul smpai pekat n putih
-Bakar suhu 150°c selame 45 minit(anie kukus jer 30minit api perlahan
-Bile dh msak sejuk kn kek sblm letak topping.


Untuk topping cheese;
-250g cream cheese
-120g susu pekat

50ml UHT Whipping cream

 ### tuk hiasan 1/2 buku cheddar cheese yg dh d parut tuk hiasan

Cara2;
-Pukul cream cheese n susu pekat sehingga sebati
-belah tengah2 kek n letak cream cheese d tengah2 kek n tutup...letak cream cheese d atas kek n parutan cheddar cheese...
 
 

CRISPY BAR

 
Bahan2:
150 g coklat rice bubles
150 g original rice bubles
150 g cocoa butter
300 g milk choc compound
200 g dark choc compound


Cara2:
1.double boil choc + milk choc + cocoa butter smpai cair...biar suam
2.cmpurkan kedua2 buble rice dlm 1 bkas bsar..
3.kemudian masukkan coklat cair td,gaul sebati dan ratakan dlm loyang,biar sejuk pd suhu bilik,potong dan simpan dlm pti ais.. 


# boleh tmbah alm0nd,raisins n apa2 je kekacang. 

Ayam Goreng Pedas


 

1 Ekor ayam potong 4
3 sudu besar serbuk kari
1 sudu serbuk cili
3 sudu tep.beras
4 ulas bwg putih di tumbuk
Garam kunyit n serbuk perasa


Gaulkan semua bhn dgn ayam dan perap selama 2 jam...lgi lama lgi sedap
Goreng hingga garing

Monday, November 25, 2013

Nasi Ayam Hainan



BAHAN BAHAN
1 ekor ayam
Garam kasar
4'' halia muda saiz 1/4'' setiap satu
2 batang daun bawang saiz 1" setiap satu
1 sudu kecil sesame oil

UNTUK NASI
2 sudu besar chicken fat atau 2 tbsp vegetable oil
3 ulas bawang putih - cincang
1'' halia muda - cincang
2 cawan beras basuh dan rendam dalam 10 minit
2 cawan air rebusan ayam
1/2 sudu kecil sesame oil
1 sudu kecil garam 


UNTUK SOS CILI
1 sudu besar air perahan limau nipis
2 sudu besar air rebusan ayam
2 sudu kecil gula
2 sudu besar sriracha chili sauce
4 cili merah dan sedikit cili padi
4 ulas bawang putih
1'' halia
sedikit garam

UNTUK SOS AYAM
1 sudu besar minyak garlic
1 sudu kecil sesame oil
5 sudu besar light soya sauce
1 1/2 sudu besar gula
3 sudu besar air rebusan ayam


UNTUK HIASAN
1/4 cawan dark soy sauce
Sedikit daun ketumbar
1 timun

CARA CARA
1. Bersihkan ayam dengan menggosok kulitnya dengan garam luar dan dalam bagi menghilangkan sebarang kekotoran. Bilas. Lumurkan garam luar dan dalam. Masukkan halia dan batang daun bawang ke dalam ayam. Letakkan ayam ke dalam periuk besar dan isi dengan air setinggi 1 inci menenggelamkan ayam. Panaskan dengan api yang besar sehingga menggelegak. Sebaik memggelegak, perlahankan api bagi air mendidih perlahan selama 30 minit. Cucuk dengan chopstik di bahagian paha untuk melihat samada ayam dah masak.


2. Selepas ayam masak, tutup api, keluarkan dan rendam ayam dalam air ais untuk menyejukkannya dan menghentikan proses ayam dari terus masak. Ini akan menjadikan kulitmya rangup dan isi nya lembut. Buang halia dan daun bawang. Simpan air rebusan untuk kegunaan lain.

3. Untuk memasak nasi: Tos beras yang direndam. Panaskan 2 sudu besar minyak dari lemak ayam, masukkan bawang putih dan halia sehingga wangi. Masukkan beras dan goreng sekejap dalam 2 minit. Masukkan minyak sesame dan garam. Masukkan air rebusan ayam dan masaklah dalam periuk elektrik. Jika suka boleh juga letak daun pandan.

4. Sementara nasi masak, keluarkan ayam dari air ais dan lumurkan luar dan dalam dengan minyak sesame. Potong ayam untuk dihidangkan. Atau boleh juga, dipotong dahulu sebelum melumur. Sebelum dihidang, tuang sos ayam ke atas ayam yang dipotong

5. Untuk membuat cili sos: Kisar semua bahan sehingga halus.
 
 




6. Untuk membuat sup: Panaskan sup dan masukkan garam dan masukkan bawang goreng atau daun bawang sebagai hiasan.

Hidangkan nasi ayam dengan sos cili, dark soy sauce, taugeh, hirisan timun dan sup.

Selamat mencuba!
 

Crustless Pizza



Bahan-bahan :
1 biji telur
2/3 cawan tepung gandum
garam & lada hitam secukupnya
1 cawan susu segar
1 cawan keju cheddar yg sudah diparut ( saya guna keju campir-campur )
hotdog, chicken slices, daging cincang yg telar disangar (apa saja yg kita suka)

Cara-cara :
1. Bancuh telur dan tepung sehingga tidak bergentel.
2. Masuk kan secubit garam & lada hitam secukup nya.
3. Masuk kan susu sedikit demi sedikit dan kacau supaya tidak bergentel.
4. Masuk kan setengah dari keju yg sudah diparut. kacau rata.
5. Masuk kan kedalam bekas pembakar yang terlebih dahulu sudah disapukan dengan minyak sayuran atau butter.
6. Bakar selama 25 - 30 minit pada suhu 180 darjah celcius.
7. Bila dah siap, keluarkan daripada ketuhar, susun daging atau apa sahaja bahan topping yg kita ada. kalau guna hotdog, sebaiknya celur dahulu.
8. Taburkan semua keju yg kita ketepikan tadi.
9. Masuk kan semula kedalam ketuhar dan bakar selama lebih kurang 3 - 5 minit atau hingga keju cair.
Sangat mudah & selamat mencuba

** saya ada pasta sauce Prego, jadi sebelum saya susun hotdog, saya sapukan sedikit sauce tu dulu kemudian baru susun hotdog.
** Sedap rasanya seperti makan pizza cuma takde tepung pizza aje.

Roti Manis Perisa Pandan



Bahan-bahan:-


500gm tepung gandum
11 gm yis segera
1/2 cwn gula halus
Secubit garam
2 sudu besar susu tepung
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil bread improver
1 sudu besar water roux (nk letak lebih pun x pe tp kurangkan sukatan air)
1 biji telur
220 ml air suam (kali ni saya guna air sejuk dari peti ais)
2 sudu besar mentega/marjerin (saya guna shortening kali ni)
1 sudu besar pes pandan
Sedikit pewarna hijau


Satukan semua bahan. Kalau nk rendam yis dgn air suam dan gula dulu pun boleh. Uli hingga lembut..saya uli dgn tangan 1/2 jam..selang seli..banting doh..uli..x larat nk uli je. Perap doh 30 minit atau hingga doh naik sekali ganda. Setelah doh naik..tumbuk2 doh. Dan bulat2kan...atau nk letak sosej ke..rehat kan doh 30 minit..sapu butter atau kunibg telur..bakar pada suhu 160c...selama 20-25 minit bergantung pada oven masing2.


Water roux

1/4 cwn tepung gandum
250 ml air

Campurkan semua bahan dan kacau dgn hand whisk. Masak atas api yg perlahan. Kacau sentiasa supaya jgn bergentel. Kacau hingga pekat agak2 mendidih sekejap, angkat dan sejukkan baru boleh guna & boleh disimpan dlm peti sejuk. Bila nk guna biar dlm suhu bilik baru digunakan. Tahan selama 2 hari.

Sunday, November 24, 2013

Bun Sosej

 

500gm tpg gandum
Yis kering sebungkus
1camca susu tpg ...apa brand pun ok
1camcab majerin
2camcab shotening
3/4cwn gula
1biji telur
300ml air suam
2camcab susu pekat

Cara....
Satukan yis.telur.air.gula dan susu pekat...kacau dan biar smpi yis berbuih...ingat kalau yis x berbuih...roti x kan jadi
Pas tu...satukam tpg.susu tpg.majerin dan shotening...masukan yis tadi uli smpi x melekat...perap smpi 1jam...ps tu.uli dia bgi pjg...lilit kat sosej..jgn lupa rebus sosej dulu...k selamat mencuba
*bakar 160 .c selama 20atau 25 minit smpi dia wana ...mcm gini...pastu...sapu butter tau baru kilat....

Tuesday, November 12, 2013

Baked Tomato With Cheese


tomato - dibelah dua. keluarkan isinya. ketepikan.
tumis daging cincang dengan bawang besar yang dipotong dadu. masukkan sesudu besar lada hitam yg ditumbuk kasar. masukkan pes tomato dan isi tomato yang dikeluarkan tadi. tumis hingga daging cincang tadi masak. panaskan oven. masukkan tumisan ke dalam tomato. taburkan cheese. bakar 5 minit.

Ais Krim Chocolate

Dikongsikan oleh kak Noor Azlinda Ibrahim
www.facebook.com/noorazlinda.ibrahim.5

♥Ais krim chocolate♥

Bahan-Bahan:
1 tin susu cair*
¼ tin susu pekat*
2 sudu besar milo *
2 sudu besar ovalette*
Coklat rice

Cara Buat:

1. Blender semua bahan bertanda * hingga gebu.
2. Usai blender, tuangkan ke dalam bekas.
3. Masukkan ke dalam peti sejuk beku. Selepas sejam, taburkan coklat rice atas aiskrim. Kemudian, biarkan beku seharian.
4. Siap. Sangat simple

Karipap Pusing Special

KARIPAP PUSING SPECIAL Nor Hasilah Razali
================

Bahan Doh A (berminyak)
1 cwn tepung gandum
1 sb tepung jagung
2 sb veg shortening
2 sb marjerin (veg shortening xde, marjerin xde mak belasah jek guna 4sb minyak masak hahaha)

Bahan Doh B
2 cwn tepung gandum
1/4 cwn minyak jagung (xde mak belasah jek ganti dgn minyak masak.. nak jd supermomlah katakan hahaha)
1st garam (atau seukup rasa)
1/4 cwn air dari peti ais (xcukup tambah lagi hihihhi. tp saya dah xtambah dah.edang elok dah tu)

Cara2 membuatnya

1. satukan semua bahan2 A.gaul sebati.nak kepal ke nak tumbuk ke suka hati
2. bahagikan kepada 6 bhg dan bentuk lah bulat2. ketepikan

3. utk doh B, panaskan marjerin dan shortening (sbb mak guna minyak masak so xpayahlah). tuangkan ke dlm mangkuk yg berisi tepung
4. buat satu kawasan lekuk ditengahnya
5. tuang marjerin dan shortening yg dah jadi minyak tu tengah2. gaul rata sehingga menjadi serbuk roti.
6. tuang air sedikit demi sedikit ke dlm tepung sambil menguli. uli sehingga agak xmelekat di tangan.
7. bahagi 6 dan bulatkan

================================
bahagian kedua (satukan doh A dan B

1. masukkan doh A yg berminyak itu ke dlm doh B. bungkus menjadi bukat dan ketepikan. ulangi utk doh2 seterusnya
2. ambil satu doh dan canaikan(gelekkan jd leper). akan jd bentuk memanjang. pastu gulunglah memanjang itu.
3. pastu canai lagi sekali. kemudian gulung pulak melintang (bhg yg pendek). amik pisau dan bhg 5.
4. amik satu bhg dan canai lagi. amik inti dan kepitlah pastu kelim
5. kalau nak bentuk bulat lepas taruk inti, amil lagi satu bhg, tekapkan dan kelim hehehe (paham ke idak ni?)

inti rasanya dah tau kot...kalau xtau silalah bertanya hihihi

===================================
BAHAN-BAHAN INTI (saya suka daging) *
============

3 biji ubi kentang - dikupas kulit dan dipotong dadu
1/2 pkt daging kisar Ramly (promote abg Ramly sat hihihi)
1 sb rempah kari (kalo suka pedas blh tambah lg. ada bdk kecik xblh pedas sgt
1 labu bwg besar potong dadu
1 tangkai daun kari
garam dan gula secukup rasa (saya suka inti yg manis)

bahan kisar
=======
1 labu bwg besar
2 ulas bwg putih

Cara-cara
1. rebus ubi kentang 3/4 masak dan toskan
2. panaskan minyak dan tumiskan bwg besar yg dipitong dagu dan daun kari. masukkan bahan kisar. kacau sebati dan biarkan sampai pecah minyak
3. masukkan rempah kari. biarkan rempah kari garing dulu.
4. masukkan daging kisar (atau apa2 yg disukai). biarkan betul2 masak.
5. masukkan ubi kentang . kacau biar sebati dgn rempah
6. sesuaikan rasa gula dan garam. masak sehingga kentang masak dan betul2 kering.

Nasi Arab



nasi arab simple2 ala naimah
Oleh:Naimah Md Ludin
cc: www.facebook.com/bukuresepi

Bahan2 untuk Nasi
*1/2 sudu makan jintan manis
*1/2 sudu makan jintan putih
*1/2 sudu makan bunga cengkih
*1/2 sudu makan lada hitam
* 1 sudu makan biji ketumbar
*1/2 sudu makan buah pelaga
2 1/2 cawan beras basmathi (apa2 jenama pun boleh)
4 cawan air rebusan ayam (boleh guna kiub pati ayam n air biasa kalau xbuat stok ayam)
1/2 sudu besar garam
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 biji buah pelaga
kulit kayu manis
bunga lawang
2 sudu besar minyak sapi
pewarna kuning & oren (kalau xdak ganti ngan serbuk kunyit bancuh ngan air)

cara:
-semua bahan bertanda * cuci bersih (guna penapis teh)
goreng tanpa minyak semua bahan * kemudian bland kering -sampai hampir jadi serbuk
-cuci bersih beras basmathi dan rendam 1/2 jam atau 1 jam
- panaskan minyak sapi,masukkan kayu manis,buah pelaga n bunga lawang.
-kemudian masukkan bawang besar dan bawang putih yg dihiris nipis(nak tumbuk/bland pun boleh)
-bila dah kekuningan, masukkan serbuk rempah yg di bland tadi.gaul sebati..kemudian masukkan beras.
-masukkan air stok ayam perasakan garam dan masak sampai nasi kering air.
-titik2kan pewarna dan biar seketika sebelum padamkan api...bila nak hidang baru gaul nasi biar bercampur warna
*boleh tambah daun ketumbar kalau nak bau lagi harum..potong daun n tabur atas nasi yg dah siap hidang
*(kalau betul2 nasi arab ada tambah arang yg dimasukkan dalam aluminium foil dan letak skit minyak,biar berasap letak atas nasi dan tutup periuk nasi-nak menaikkan aroma)

Resepi ayam
bahan untuk perap (bland semua bahan)
3 inci halia
2-3 biji kunyit hidup besar ibu jari
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
2 sudu makan biji ketumbar
1 sudu makan buah pelaga
1 sudu besar garam
2 sudu besar gula
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
* 1 ekor ayam dibelah 2 tanpa putus (saya kelar2 skit2 kat isi ayam supaya rempah meresap ke dalam isi)
cara:
-bland semua bahan perap.gaulkan pada ayam dan perap lebih kurang 2-3 jam
-masukkan ayam dalam pemanggang
-panggang sampai masak
*masa hidang sy potong 2 ayam sekor tu..ambik separuh ja

resepi salad
-buah tomato
-timun
-lobak merah
-bawang
*cili hijau
*garam
*gula
*cuka (1 sudu kecil)
*perahan limau nipis
*4-5 sudu besar air masak /air tapis
-potong dadu semua bahan bertanda( - )
-cili hijau tumbuk2 kasar (nak hiris ja pun boleh)
-campur bahan dadu dan cili,tambah air,perasakan garam,gula,cuka dan perahan limau nipis/lemon

air asam
-3 biji cili merah
-5 biji cili padi (xnak pedas kurangkan)
-1 biji buah tomato
-1 biji bawang besar
- sedikit ja belacan (secubit ja)
-garam
-gula
-perahan limau nipis (boleh ganti ngn jus asam jawa)
-air masak (air tapis pun boleh)
cara:
bland semua bahan dengan air masak (agak2 air dalam 1/2 cawan)
-sedia hidang...yg simple2 ja ya..kalau nasi arab betul byk lagi rempahnya...
*kalau suka berkuah boleh tambah dalca sayur (letak terung,carrot,kacang panjang n kacang dal)

Roti

Bahan-bahan untuk doh roti:
500gm tepung berprotien tinggi (tepung roti)
2 sdb tepung susu
100 gm gula halus
1 sdt garam
1 sdt bread softener
1 biji telur
250 ml air bertapis (kalau uli guna tangan gunakan air suam)
11 gm yis
2 sdb mentega lembut

Cara
- Saya guna bread maker (BM), jadi saya masukkan je semua bahan dalam BM, dan biarkan BM jalankan operasinya selama 1 jam 30 minit.

- Untuk yang tiada BM, caranya, satukan air suam dengan yis. Biarkan seketika.
- Satukan bahan2 kering seperti tepung, gula, susu tepung, garam, bread softerner dalam satu bekas. Sebatikan.
- Masukkan telur, gaul rata, dan masukkan air suam yang telah bercampur dengan yis tadi. Adun sehingga menjadi doh kasar.
- Masukkan mentega, dan terus menguli sehingga menjadi doh yang lembut, licin dan anjal. Biasanya, untuk menguli menggunakan tangan, tempoh menguli saya ialah 45 minit, atau kadang2 sehingga satu jam. (Pitam!) Tip dari saya: Masukkan bancuhan doh tu dalam plastik yang bersih, dan lenyek2kan doh tu sehingga dapat seperti doh yang kita kehendaki. Pastikan benar2 anjal dan licin. Bila uli dalam plastik, doh lebih bersih dan lembut, kerana kita tidak perlu bermain bermain dengan tepung. Tangan pun bersih jer.
- Biarkan doh naik sekali ganda, biasanya lebih kurang 1 jam.
- Selepas 1 jam, tumbuk2kan doh untuk membuang angin. Dan bahagikan doh, beratnya 60gm. Untuk bancuhan ini boleh dapat lebih kurang 15-16 biji roti.

Credit kpd empunya resepi naimatulhafiza nor rodin

Donut Kentang


Donut gebu (paling mudah dbuat & tanpa telur)
Oleh:Are-yuslyn Yuslyn
Like:www.facebook.com/bukuresepi

Bahan2..
1kg tepung gndum
450ml air suam(xpns sgt xsejuk sgt)
2bj kentg kupas kulit(rebus smpai masak)
1cwn susu pekat
1cwn myk masak
1peket yis & secubit grm

Cara2..
-blender kentang dgn air suam td hingga sebati,tuang dlm bekas besar sbb nnt dh akan jd kembg.
-kemudian masukkn myk msk,secubit garam,susu pekat dan yis..gaul sebati dan masukkn tepung gndum sedikit demi sedikit hingga doh xlekat djari.
-tutup bekas doh tgu hingga kmbg dlm 30minit.
-dah kembg tumbuk2 doh dn bule la dcanai buat bntuk donut..dh bentuk biar kejap sementara tu panaskn myk dlm kuali.
-bulela dgoreng...hasilnye nnt donut akan jd sdp,lembut & gebu..

Followers