Bahan A (Kulit)
- kulit popia secukupnya
- minyak masak
- 1 sudu makan tepung gandum dan 1 sudu makan air (dibancuh sebagai gam kulit popia)
Bahan B (Inti)
- 200gm udang (dihiris kecil)
- 1 batang lobak merah kecil (disagat atau dipotong halus)
- 1 mangkuk sengkuang (disagat halus)
- 1/2 cawan daun kucai (dipotong pendek)
- 1 labu bawang besar (diracik)
- 1 ulas bawang putih (dipotong dadu kecil)
- 1 sudu makan minyak masak
- garam secukup rasa
Bahan C (Sos)
- 2 sudu makan cili kisar
- 1 ulas bawang putih (ditumbuk hancur)
- 2 sudu makan sos cili
- 2 sudu makan cuka
- 1 sudu makan gula
- 3 sudu makan minyak masak
- garam secukup rasa
- bijan (sekiranya suka)
Cara Membuat
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga wangi
2. Masukkan udang dan lobak merah. Kemudian, masukkan sengkuang, daun kucai dan garam. Kacau rata.
3. Apabila sayur lembut, tutup api dan tapiskan supaya kuahnya terasing
4. Letakkan inti popia di tengah kulit popia dan gulungkan hingga hujung seperti gulungan kuih gulung
5. Gamkan hujung dengan bancuhan tepung tadi
6. Goreng menggunakan minyak yang banyak dengan api yang sederhana panas
7. Apabila kekuningan, boleh angkat dan tuskan minyak
8. Tumiskan cili dan bahan lain. Masakkan hingga pekat dan naik minyak
9. Masukkan popia goreng tadi dan taburkan bijan jika suka. Kacau rata dan angkat. Sedia dihidang
No comments:
Post a Comment