Wednesday, July 27, 2011

Kuih Vadai

Bahan-bahan:
250gm kacang dal
2 tangkai cili kering, dihiris halus
1 tangkai daun kari, dihiris
1/2 labu bawang besar, dicincang halus
1 camca teh jintan manis biji
1/2 camca teh garam, secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

KAEDAH PENYEDIAAN: 



1) Rendam kacang dal selama lebih kurang 4 jam

2) Toskan hingga kering
3) Kisar kacang dal hingga halus. Tidak mengapa jika masih terdapat sedikit kacang yang tidak hancur.
4) Satukan semua bahan di dalam satu bekas
5) Gaul rata
6) Leperkan di atas tapak tangan yang dialas dengan plastik yang telah disapu dengan sedikit minyak masak ini untuk mengelakkan dari melekat
7) Susun di atas dulang beralas plastik yang disapu sedikit minyak masak
8) Goreng atas api yang sederhana besar

Monday, July 25, 2011

Cucur Jagung

 Bahan-bahan :-
- 3 tongkol jagung
- 1 labu bawang besar (dicincang)
- 3 biji cili merah (dicincang)
- 200gm udang basah
- 1 biji telur
- sedikit daun kucai (dipotong pendek)
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh serbuk penaik
- 1 cawan air suam
- 1 sudu teh serbuk kunyit 
- garam secukup rasa
- minyak bagi menggoreng

Cara Membuat :-
- Jagung diambil isinya sahaja (boleh guna isi jagung dalam tin, atau jagung sejuk beku)
- Gaulkan semua bahan di dalam mangkuk besar hingga sebati
- Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan adunan ke dalam kuali sedikit demi sedikit menggunakan sudu
- Goreng hingga kuning keemasan
- Angkat dan tuskan minyak
- Hidangkan dengan sos cili

Tuesday, July 19, 2011

Kuih Puteri Ayu


  • 4 cawan tepong gandum
  • 1 1/2 cawan gula caster
  • 3 biji telor
  • 1 1/2 cawan santan ( 1 paket santan segera +1 1/2 cwn air )
  • 1 sudu makan ovelette
  • 1 sudu makan baking powder
  • 1 sudu teh pewarna hijau
  • Inti kelapa
  • 1 biji kelapa parut putih sahaja
  • 2 sudu teh garam
  • 1 sudu makan tepong ubi
Cara-cara
  1. Ayak tepong bersama baking powder, ketepikan.
  2. Putar telor + gula sehingga betul2 kembang.
  3. Masukkan ovelette dan pewarna hijau, putar lagi sehingga sebati.
  4. Masukkan tepong sedikit demi sedikit berselangseli dengan santan sehingga habis.
  5. Inti kelapa- satukan semua bahan, gaul sehingga rata.
  6. Sapu acuan dengan minyak, ambil sedikit inti kelapa, tekan2 dalam acuan tadi, tuang adunan. Kukus selama 5 minit.

Friday, July 8, 2011

Ayam Goreng Bersalut Tepung


Bahan-bahan (6 ketul) :-
6 ketul ayam
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung kanji
2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1/4 sudu kecil serbuk bawang putih (optional)
1 biji telur
1/2 cawan susu (fresh milk)

Cara-cara :-
- Bersihkan ayam. buang kulit kalau tak suka. toskan airnya.
- Masukkan semua bahan dari no 2 hingga no 8 ke dalam beg plastik. Tutup mulut beg plastik dan goncang-goncang biar semua bergaul sebati
- Campurkan susu dengan telur dan pukul sehingga sebati. Kemudian panaskan minyak.
- Ambil 2 atau 3 ketul ayam. Masukkan ke dalam tepung tadi. Goncang-goncangkan beg plastik. Biarkan ayam bersalut dengan tepung. Kemudian keluarkan ayam tadi. Celup pula ke dalam sebatian telur dan susu. Masuk semula ayam ke dalam beg plastik. Goncang-goncangkan. Kemudian goreng dengan minyak penuh sehingga perang atau garing.
- Angkat adn letakkan dalam bekas yang berlapik dengan kitchen paper supaya minyak meresap pada paper.
- Ulang langkah 4-5 sehingga ayam habis. Hidangkan ketika panas-panas.

Selamat Mencuba.

Monday, July 4, 2011

Nasi Tomato dan Ayam Masak Merah

nure@myresipi.com
simple dan gerenti sedap

Bahan-bahan ( 4~5org )

  • 4cwn beras(dibersih dan ditoskn)
  • 190g minyak sapi(kalau darurat boleh guna marjerin)
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 1/2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 cm kulit kayu manis
  • 1 biji bawang besar dicincang
  • 160g tomato puree (dlm tin)
  • 1.8 leter air rebusan yang cair (bole juga nk guna kiub pati ayam)
  • daun saderi yang telah dicincang dan bawang merah (optional)
  • bhn dikisar: 2 ulas bawang putih, 3 ulas bawang merah dan 1 hiris halia

Cara-cara

  1. Cairkan minyak sapi diatas api yang sederhana dan tumiskan rempah-rempah selama 1-2 minit.
  2. Masukkan bahan tumbuk dan teruskan menggoreng hingga masak. Masukkan bawang besar dan goreng hingga layu.
  3. Kecilkan api dan tuangkan puri tomato.Biarkan mendidih perlahan-lahan dan masukkan beras.Kacau rata-rata selama 1-2 minit.
  4. Masukkan air rebusan dan garam secukup rasa.Biarkan cecair meresap ke dlm beras sebentar.
  5. Kecilkan api, tanak nasi itu dengan bertutup hingga masak, masukkan daun saderi dan bwg goreng. 
Ayam Masak Merah 



Bahan-bahan (4 orang)
- 1/2 ekor ayam
- sedikit garam dan kunyit

Bahan-bahan Kisar
- 4-5 Biji Cili Kering
- 1 cm Halia
- 2 ulas bawang putih
- 1 labu bawang besar
- 1 biji tomato - dipotong dadu
- 1/2 cawan sos tomato / tomato puri

Bahan Hias
- 1/2 biji bawang besar - potong bulat
- kacang hijau secukupnya (kiranya ada)

Cara-cara
- bersihkan ayam. gaul dengan garam dan kunyit. goreng sehingga 2/3 masak
- tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. tumis sehingga naik minyak
- masukkan ayam. biar kuah jadi pekat. skali sekala hendaklah digaul balikkan
- bla kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. biar 1-2 minit. kemudian padamkan api

    Followers