Monday, September 30, 2013

Donut dan Red Velvet Cake

Resepi donut - from blog mat gebu
Donut Mat Gebu 

BAHAN-BAHANNYA
3 cawan tepung gandum

3 camca besar susu tepung
3 camca besar gula halus
3 camca besar lemak sayur (shortening)
1/2 camca teh garam (yang ni mat tambah sendiri)
200 ml air suam*
2 camca teh instat yeast*(*disatukan dan biar berbuih)
Sedikit lagi air (extra)

CARA MEMBUATNYA
Satukan tepung gandum, susu tepung, gula halus, lemak sayur dan garam. Kacau rata. Tuang bancuhan yeast + air suam dan gaul rata hingga menjadi doh, jika tak cukup air, tambah dengan sedikitlagi air. Uli hingga licin dan tidak melekat di mangkuk adunan.
Canai doh tadi dan terap dengan acuan donut, alih ke dalam dulang yang telah ditabur sedikit tepung, buat hingga siap. Biarkan 30 minit hingga naik (mat biarkan 45 minit).
Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan, angkat, toskan dan letak atas paper towel. Gaul donat dengan gula halus atau hias ikut suka...menghasilkan kurang lebih 17 biji donat...

Red Velvet Cake
Ingredients
1 1/4 cup sifted flour
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp salt

1 tbsp cocoa powder
1 tbsp red colouring
1/4 cup soft unsalted butter - 57g
3/4 cup sugar
1 egg
1/2 tsp vanilla extract
1/2 cup buttermilk - I used 1/2 cup whole milk plus 1/2 tbsp vinegar/lemon
1/2 tsp vinegar
1/2 tsp baking soda

Method
1. Preheat oven to 175 degrees Celsius.
2. In one container, sieve flour, baking powder and salt. Set aside.
3. In a small container, combine cocoa powder and red coloring and stir well until form a paste.
4. Using a stand mixer, beat butter with sugar until light and fluffy. Add the egg, beat until blended. Add the vanilla extract and cocoa powder mixture, beat until well blended.5. Add in sifted flour and buttermilk alternately. Beginning and ending with flour. (F-M-F-M-F)
5. In a small bowl, combine vinegar and baking soda and add it to ur batter. Stir well with a spatula. Pour into a 6" baking pan and bake it for 50mins or until cooked.
6. Let cool on wire rack.
7. Once cool, slice cake into two and spread cream cheese filling.. top it with the rest of ur cream cheese too
 

Ayam Goreng Pandan

 
Bahan-bahan: 
8 – 10 ketul ayam yang telah dibersihkan. 
3 batang serai diketuk hancur. 
1/2 kecil (tsp) serbuk lada hitam kasar. 
10 helai daun pandan (liar daun nya lebar sesuai digunakan).
Bahan-bahan dikisar: 
5 biji bawang merah. 
5 ulas bawang putih. 
1 inci halia.  
1 inci kunyit hidup. 
1 inchi lengkuas. 
1 sudu besar ketumbar. 
1 sudu kecil jintan putih. 
15 biji cili padi/api. 
100gm santan pekat. 
1 sudu besar (tbsp) gula merah/ melaka dihiris. 
1 sudu besar sos perasa tiram. 
Garam dan minyak masak.
Cara menyediakan: 
1. Gaulkan ketulan ayam, serai dan lada hitam bersama garam.
2. Kisar semua bahan-bahan dan gaulkan dengan ketulan ayam tadi. Peram sekurang-kurangnya 1 jam atau simpan di peti sejeuk semalaman dalam bungkusan plastik.
3. Keluarkan dan balut dengan daun pandan ke ketulan ayam. Untuk mengekalkan daun pandan terlucut semasa gorengan (ketulan ayam akan mengecut dan melonggarkan daun pandan) cucuk daun pandan kepada isi ayan dengan lidi pembersih gigi (tooth pick).
4. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sehingga ketulan ayam masak.
5. Ayam pandan goreng sangat wangi pandan dan berasa rempah kemelayuan yang unik. Makan bersama dengan nasi lemak panas-panas. Selamat mencuba.

Biskut Koko Krunch

Bahan-bahan ( 70 - 80 keping )

  • 150 g mentega
  • 2 biji kuning telur - kecil
  • 1 biji putih telur
  • 175 g gula icing - diayak
  • 250 g tepung gandum - diayak
  • 3 sb serbuk koko - diayak
  • secukup koko krunch - utk hiasan

Cara-cara

  1. Mentega,gula dan telur digaul hingga rata.Masukkan tepung dan koko dan gaul lagi hingga sebati.Tutup doh dengan plastik dan simpan di dalam peti sejuk selama 20 min.
  2. Keluarkan doh dari peti sejuk dan bulat2kan sebesar guli,bubuh di dalam mangkuk kertas kecil2 dan hias dengan koko krunch.Pastikan koko krunch dicucuk ke dalam geguli doh.
  3. Bakar pada suhu 160C selama 20 min.Sejukkan biskut dan simpan di dalam bekas kedap udara.

Udang Goreng Tepung


Bahan-bahan (resipi anggaran)
15-20 ekor udang saiz sederhana besar - buang kulit dan tinggal ekor je
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/8 sudu kecil garam
1 sudu besar minyak masak
sedikit daun sup - dicincang halus, kli ni xbuh sbb xde
sedikit pewarna kuning - agar warna tepung kekuningan
air secukupnya - agak-agak la ye lebih kurang 1 cawan
minyak untuk mengoreng
1 sudu besar tepung lagi - untuk lumur pada udang
Cara-cara

1. Toskan dulu udang bagi betul-betul kering, ((kita lap dengan tisu kitchen) kemudian lumurkan udang dengan tepung. Ketepikan

2. Masukkan semua bahan-bahan dalam mangkuk, kecuali air dan pewarna. Kemudian masukkan air sikit-sikit sambil dikacau agar adunan tidak berketul. Masukkan pewarna dan kacau sebati. Adunan ni tidak terlalu cair mcm bancuhan lemping atau kuih ketayap ye, pekat lagi sikit, kiranya bila celup udang tu..tepung akan menyaluti udang sepenuhnya. Biarkan dulu seketika dalam 5-7 minit sebelum digunakan

3. Panaskan minyak dan boleh la celup udang satu-satu dalam tepung dengan pegang bahagain ekornya, kemudian digoreng dengan api sederhana hingga kekuningan. Angkat dan toskan. Siap

Mini Pizza

 
Bahan-bahan (sekeluarga)

- 200ml air
- 300g tepung roti
- 14g gula
- 3.5g garam
- 16g shortening
- 3g dry yeast
- 6g susu tepung

Topping:

- pizza cheese
- sayur campur
- sosej
- sos tomato / sos pizza - cili n mayonis
- telur untuk sapu pada roti

Cara-cara:
-----------------------------------------------------------------------------

1. Masukkan bahan-bahan untuk buat doh roti ke dalam breadmaker. Setting untuk doh. Lepas tu ON kan.

2. Bila dah siap, tumbuk untuk keluarkan angin. kemudian bahagikan kepada 10 bahagian. Buat bentu bulat. Rehatkan selama 10 minit

3. Ambik sebiji doh. Canaikan biar diameter lebih kurang 10cm. Lipat ke atas dan ke dalam bahagian tepi seperti gambar disebelah. Buat sehingga abih. Biarkan naik 2 kali ganda

4. Sapukan kesemua roti dengan telur. Lepas tu letaklah topping di bahagian tengah. Topping ni boleh buat apa saja ikut selera masing-masing.

5. Bakar selama 12 minit pada suhu 180C. Bila dah masak, biarkan dalam 5-10 minit untuk nampak warna lebih perang.

Roti Canai

bahan2: A
1kg tepung gandum
2sdB marjerin
2sdB susu pekat
1 biji telur

bahan2: B
1 ½ cawan@2cwn air
1sdB garam

-Satukan bahan A hingga betul2 sebati...
-masukkan air yg telah di kacau dgn garam hingga larut.
-uli hingga menjadi doh yang lembut dan licin.tambah air sedikit2 sekiranya doh agak kering.
-bulatkan hingga menjadi bebola kecil2 sehingga habis..lumurkan dgn marjerin dan simpan
dlm bekas kedap udara minimum 2jam.
-bentukkan setiap bebola hingga menjadi roti canai dan bakar hingga masak...boleh dimakan dgn kuah dal@kuah kari..
-bakar separuh masak utk roti canai segera,dan simpan dlm freezer.

*klu x tau nak tebar senang jer. buat atas dulang beso. terbalikkan dulang pastu klu da tipis tarik hingga keujung dulang. wat hingga semua dah nipis.tarik panjangkan dan buat bulatan

Nasi Ayam Hainan


Nasi :
- 4 cawan beras (dibasuh dan direndam sekurang-kurangnya setengah jam dalam air biasa dan kemudian di toskan) - boleh guna apa-apa saja jenis beras.
- 4 cawan air untuk masak nasi (ikut jenis beras yer, kalau jenis yang perlu air banyak, lebihkanlah airnya)
- 1 labu bawang putih dicincang halus (kalau boleh jangan tumbuk dan sama sekali jangan blend)
- 4 helai daun pandan yang disimpul
- 1 kiub pati ayam
- 2 sudu butter
- 2 sudu minyak masak
- sedikit garam

Cara-cara :
1. Panaskan minyak dan butter dengan api sederhana bessar.
2. Tumiskan bawang putih sehingga wangi dan warnanya berubah menjadi kuning gelap. Hai-hati jangan sampai hangus.
3. Masukkan beras yang telah ditoskan dan gaul rata bersama daun pandan dan pati ayam.
4. Taburkan sedikit garam. Jangan banyak sangat yer, secubit pun dah cukup.
5. Pindahkan beras yang telah bersalut rata dengan bawang putih tadi kedalam rice cooker.
6. Masukkan air secukupnya seperti mana biasanya kita memasak nasi dan masaklah dalam rice cooker seperti biasa.
7. Jangan lupa kacau sedikit nasi bila dah kering airnya supaya gebu.

Sementara tu, mari siapkan bahan2 lain.



Ayam
2 ekor ayam yang dipotong 4. (Quarter chicken)
15 ulas bawang merah dihiris
5 ulas bawang putih dihiris
3 inci halia dihiris
2 sudu biji ketumbar disangai
2 batang serai dititik
2 sudu minyak masak
sedikit penumis (kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih)
Sedikit kicap pekat, kicap manis, sos tiram, serbuk kunyit dan serbuk cili
Garam dan gula sebagai perasa
Air yang banyak.


Cara-cara:
1. Tumiskan dengan minyak bahan-bahan penumis dan kemudian masukkan 1/3 bawang merah.
2. Bila dah sedikit wangi, masukkan juga separuh bawah putih dan separuh halia. Tumis lagi hingga wangi.
3. Bila dah wangi, masukkan air yang banyak dan rebuskan ayam 2 ekor tersebut. Tunggu sehingga ayam masak, tapi jangan lama-lama sangat.
4. Biarkan air rebusan di dalam periuk tersebut dan matikan api. Toskan ayam yang telah masak tadi.
5. Bawang merah, bawah putih, halia, serai dan biji ketumbar tadi, ditumbuk halus.
6. Dalam bekas lain, gaulkan ayam yang telah ditoskan bersama bahan tumbuk, kicap pekat, kicap manis, sos tiram, serbuk kunyit dan serbuk cili serta garam dan gula.
7. Perapkan selama setengah jam.
8. Kemudian ayam tersebut bolehlah digoreng sekadar untuk menggaringkan bahagian luarnya kerana ayam tersebut telah pun masak.



Sup

- Air rebusan ayam tadi
- Beberapa batang lobak merah yang dikerat 4 atau 3 dan dibelah 4 atau 6.
- Beberapa batang celery, atau boleh guna daun sup.
- Bawang goreng.

Cara-cara :
1. Didihkan semula air rebusan ayam tadi.
2. Masukkan lobak merah dan batang celery atau taburkan daun sup.
3. Rasa garamnya.
4. Taburkan bawang goreng semasa menghidang.

Nota : Terpulanglah apa lagi yang anda suka untuk dimasukkan dalam sup ini, seperti kaki ayam, atau ubi kentang dan sebagainya.


Sos cili :
- 5 biji cili merah segar
- 7 biji cili padi merah
- 2 cawan air
- 1 sudu cuka atau asam limau
- Garam dan gula
- Setengah sudu tepung jagung yang dibancuh dengan 2 sudu air.

Cara-cara:
1. Blend cili merah dan cili padi sehingga hancur dengan air.
2. Masukkan dalam periuk dan didihkan.
3. Masukkan cuka atau asam limau dan perasakan garam dan gulanya.
4. Bila dah ok, masukkan bancuhan tepung jagung dan gaul rata hingga didih.
5. Siap untuk dihidangkan.

Bahan ulam :
- Daun salad
- Timun yang dihiris
- Tomato hiris

Ayam Goreng Berempah

 
Bahan-bahan:

1 ekor ayam ~ potong kecil, bersih dan toskan
5 ulas bawang putih**
2 biji bawang besar**
1 inci halia**
5 batang serai**
1 sudu besar ketumbar(sangai/goreng tanpa minyak)**
**ditumbuk atau dikisar kering
1 sudu besar serbuk kari ayam/daging
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
3 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
1 tangkai daun kari
Minyak untuk menggoreng.
Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

1. Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan bahan yang telah dikisar/ditumbuk dan daun kari, lalu diperap.
2. Kemudian goreng ayam hingga kekuningan atau garing

Oreo Cookie Balls


Bahan
- Oreo
- Cheese cream
- Cooking chocolate

Cara : Asingkan Oreo n krim, blend oreo sampai jadi serbuk, gaulkan Oreo bersama cheese cream (boleh guna pemutar), bentukkan bulat-bulat, celup dalam coklat masakan (white/dark) yang telah dicairkan (double boil). Hias dengan whipped cream/white choc/cheese cream. Simpan dalam peti sejuk.

Tadaaa, siap! Rasa dia so cheesy & melt dalam mulut. Sedap!

Butter Prawn


BUTTER PRAWN
Bahan-bahan utk sarang telur :
2 bj kuning telur
sesenduk butter [blh juga guna margerin]
1 cwn myk
** saya ngelat sikit letak sikit gula **

cara-cara :
Pukul ringan kuning telur.
Panaskan Butter/Margerin bersama minyak. Sebaiknya gunakan senduk bulat. Bila minyak dalam kuali sudah betul betul panas, pusing pusingkan dengan senduk tu laju laju membentuk bulatan sehala tanpa henti.
Kemudian tuangkan kuning telur tadi, tuang tinggi sikit supaya yang jatuh ke dalam kuali tu halusss jer. Teruskan pusing minyak tu laju laju dan tuang hingga habis. Pusing terus senduk tu sehingga telur tu masak berwarna keemasan. Setelah masak tuangkan ke dalam tapis seperti tapis santan besi untuk toskan minyaknya.

Bahan-bahan Utk masak udang :
12 ekor udang saiz besar atau sederhana
sdkt garam
sdkt lada sulah
myk utk menggoreng
3 ulas bwg putih - dicincang
6-8 tangkai cili padi - dihiris (tak letak harini sebab tak de cili padi, lgpun bos tak suka pedas)
5 tangkai daun kari
1/4 cawan susu cair
sdkt butter utk menumis
sdkt serbuk lada sulah
garam secukup rasa

cara-cara :
Mula mula goreng dulu udang yang digaul dengan sedikit garam dan lada sulah sehingga agak berubah warna dan masak. (SAYA MASUKKAN DALAM PEMANGGANG AJAIB JE). Jangan goreng terlalu lama sangat nanti udang akan mengecut, tak cantik dan agak keras bila dimakan. Angkat dan toskan minyaknya. Keluarkan minyak tu dari kuali, tak nak guna lagi.

Panaskan butter/margerin di dalam kuali dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga garing dan naik bau.

Kemudian masukkan susu cair dan masak sebentar. Masukkan udang yang digoreng tadi, sedikit serbuk lada hitam/putih dan garam secukup rasa. Jangan bubuh banyak sangat garam yer sebab butter atau margarine sudah ada garam.

Setelah semua bahan masak dan mesra, bolehlah dimasukkan ke dalam pinggan hidangan dan taburkan sarang telur/floss yang kita buat tadi. Siap.

** Tak cukup puashati dengan penampilan sarang telur tu harini. nanti-nanti nak cuba lagi..sapa2 yang belum pernah cuba, meh cuba sama...**

Popia Goreng Bercili





Bahan
kulit popiah ready made secukupnya
minyak untuk menggoreng
1 s/b tepung gandum + 3 s/b air dibancuh sebagai gam kulit popiah

Bahan Inti
200 gm udang [hiris kecil ]
1 batang carrot kecil [sagat/potong halus ]
1 mangkuk kobis [racik halus]
5 batang kacang panjang [potong halus]
1 tangkai cili merah [hiris halus]
1 labu bawang besar [racik]
1 ulas bawang besar
1 s/b minyak
garam

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.
2. Masukkan udang dan carrot, Kacau rata.
3. Masukka kobis, kacang dan garam. Kacau rata.
4. Bila sayur telah lembut tutup api dan tapiskan supaya kuahnya turun kedalam mangkuk.
5. Bubuh inti popiah ditengah kulit popiah dan gulungkan sehingga hujung saperti gulungan kueh gulung atau ketayap.
6. gamkan hujung dengan bancuhan tepung tadi.
7. goreng dalam minyak yg banyak dan sederhana panas.
8. Bila telah kekuningan boleh angkat dan toskan minyak.
9. Hidangkan dengan kuah cili sos.

CILI

Bahan
2 s/b cili mesin
1 ulas bawang putih ] tumbuk hancur
2 s/b cili sos
2 s/b cuka
1 s/b gula
3 s/b minyak
garam
bijan [jika suka]

Cara .
1. Tumiskan cili dan bahan lain. Masakkan sehingga pekat.dan naik minyak.
2.. Masukkan popiah goreng tadi dan taburkan bijan.
3. Kacau rata dan angkat.
4. Hidangkan.

Ayam Panggang MALGRIS

BAHAN A
1 ekor ayam yang bersaiz sederhana (~1.5 kg)
BAHAN B (semua ditumbuk sehingga lumat)
1/2 sudu besar Jintan Manis
1 sudu besar ketumbar biji
1/2 sudu besar lada hitam
2 ulas bawang putih
1 ulas bawang besar
sedikit halia (sebesar ibu jari)
BAHAN C
1 sudu teh Oregano
1 sudu teh Rosemary
3 sudu besar gula putih
2 sudu besar madu
1 sudu besar butter
1 sudu teh perencah Maggie 'Cukup rasa'
1 sudu teh serbuk kunyit 
1 sudu teh garam
BAHAN D
Hati ayam (dipotong kecil) 
Pedal ayam (dipotong kecil)
1 biji ubi kentang bersaiz kecil (dibuang kulit dan dipotong kiub)
2 biji bawang besar (dibelah 8 setiap satu)
BAHAN E
3 sudu besar Madu
minyak/jus yang keluar dari ayam semasa memasak
BAHAN F
1 biji bawang besar (dibelah 8)
10 biji tomato ceri
Cara-cara Memasak:-
1. Bahan A dan Bahan B dicampur bersama dan diperap bersama ayam sekurang-kurang nya 2 jam.
2. Lebihan dari perapan digunakan untuk menggoreng Bahan D. Setelah masak, angkat dan sumbat kedalam perut ayam.
3. Alaskan durang pembakar dengan aluminium foil dan letakkan ayam diatas nya dan bakar dalam oven yang bersuhu 180C selama 1 jam (bergantung kepada saiz ayam) dengan menggunakan api bawah sahaja.  
4. Keluarkan ayam dan sapukan bahagian atas ayam dengan bahan E dan teruskan memasak selama 15 minit lagi.
5. Keluarkan ayam sekali lagi dan sapukan bahagian ayam dengan bahan E untuk kali yang kedua. Taburkan Bahan F dan masukkan kembali kedalam oven. 
Kali ini gunakan api atas sahaja, suhu yang sama 180C selama 5-15 minit (mengikut keperangan yang dikehendaki). 
6. Siap. Boleh dihidangkan.
Nota:
1. Kedudukan ayam semasa memanggang adalah saperti dalam foto diatas.
   JANGAN di alih-alihkan posisi ayam tu. Biarkan begitu sehingga masak. 
2. Kedudukan dalam oven .. rak paling bawah. 
3. Pastikan hanya api bawah SAHAJA sehingga masak. Barulah dipasang api atas SAHAJA selama 5-15 minit (masa bergantung kepada warna keperangan yg DIKEHENDAKI)

Lasagna




Resepi Lasagna Melayu ye:
Bahan A
Tumis 1 biji besar Bawang merah + 4 ulas bawang putih + 1/2 inci halia yang telah dikisar sampai garing.
Masukkan 3 sudu cili boh sampai cili masak. Garam ikut rasa
Campurkan 1 tin cendawan butang dan 1 peket minced meat
Masukkan sebotol besar sos spagetti Preego (mushroom atau original).
Bahan B
Sos putih;
Panaskan 1 inci butter , masukkan 1/2 cwn tepung gandum gaul cepat2, masukkan 1 liter susu full cream.
Campur 1 sudu kecil serbuk lada hitam dan 1/2 cawan shredded cheese. Tunggu sampai pekat dan bila gelegak aje, terus tutup api.(tunggu takut melimpah keluar periuk).
Bahan C
Lasagnia sheet boleh beli di supermarket. Walaupun instant, kena rebus juga. Bila dah rebus selang seli dengan bahan A dan B.
Bahan D (Tabur diatas sekali)
250gm Mozarella shredded cheese .lagi banyak lagi best.
100gm Parmesan cheese. (Tabur dulu sebelum Mozarella)
Arahan: ratakan bahan A dalam casserole, selang dengan bahn C, tuang sos putih(bahan , selang dengan bahan C, letak bahan A, letak bahan B atas sekali tabur Parmesan cheese atas sekali Mozarella cheese

Nugget Ayam

 
 Bahan2:

isi ayam.
tepung gandum
mayonis
serbuk lada putih
telur
serbuk roti / cornflake dikisar halus. *aku guna cornflake,aku kisar halus jadi macam serbuk roti.*


cara-cara buat nugget ayam :

1. isi ayam tue cincang atau kisar. aku kisar guna blender ja.
2. isi ayam tue campur dengan tepung gandum dan mayonis. tepung kena agak-agak sendiri,jangan banyak sangat tepung nanti keras mak aku kata,mayonis pun agak sendiri..mayonis nie kita bubuh sebab nak bagi dia jadi lembab-lembab sikit.
3.gaul tepung bersama dengan isi ayam dengan mayonis dan masukkan serbuk lada putih.agak sendiri juga nak banyak mana.aku bubuh sebab nak bagi ada rasa ja.ganti garam kan.
4. bentukkan adunan tue ikut suka,aku gentel bagi jadi bulat lepas tue masukkan dalam telur yang dah dipukul sedikit.
5.lepas masuk dalam telur,guling-gulingkan adunan tadi tue dekat serbuk roti atau serbuk cornflake tue.aku masa dah golek dalam serbuk cornflake tue baru aku penyet-penyet dia.make sure nugget tue tak tebal sangat...
6. panaskan minyak dan api sederhana,goreng sampai keemasan.

puding susu coklat

Bahan-bahan
10gm agar2 tali@ 10gm serbuk agar2...
900ml air
7 sdb gula pasir..ikut selera memasing....kalau nk manis lebihkan...klau xsuka manis2 kurangkan....
1tin susu cair
3sdb serbuk koko
2sdb tpg kastad
1/2 sdt garam
air panas utk bancuh serbuk koko jd pes..
choc rice utk hiasan

Cara-cara

masukkan 900ml air n agar2 dlm periuk...masak hingga agar2 larut....
bila dh larut..masukkan gula pasir.....biar mendidih hingga gula larut....sementara tu bancuh tepung kastad ngan susu cair......terus tuang dlm periuk....kacau2 & tmbh garam
biarkan mendidih..pastikan api kecil....sementara tu bancuh serbuk koko dgn air panas hingga jd paste.....(senang bancuh dlm jug)
masukkan separuh adunan puding ke dlm jug yg berisi paste koko td.....kacau2 rata n terus tuang dlm loyang....(msukkan loyang dlm freezer dlu supaya puding cpt sejuk)
bila puding coklat td dh suam2...bleh masukkan dlm peti ais dlu biar cpt mgeras.....
bila puding coklat dh keras...kuarkan dr peti ais dan carikkan atas puding menggunakan sudu garpu supaya puding susu td melekat ngan puding coklat....
terus tuang adunan puding susu td ke atas puding coklat....taburkan choc rice....biarkan sejuk & masukkan dlm peti ais....
bila dh sejuk...bole dipotong ikut citarasa anda

CHEESE MOUSSE CAKE


1 bungkus biskut marie atau biskut oreo
100gm butter ( di cairkan)

UTK CHEESE
250gm cream cheese
50gm gula halus
100ml whipping cream
jus lemon
1 biji telur

COKLAT MOUSSE HITAM
200gm coklat masakan hitam
2 biji kuning telur
2 biji putih telur( dibuat meringue)
60gm gula halus
250gm whipping cream (anchor whip cream)( dipukul kental)
1 1/2 sudu makan gelatin
50ml air

CARA2
blend biskut hingga hancur kemudian + dgn butter yg telah dicairkan,sebatikan kemudian tekan dalam loyang spring form, ketepikan.

pukul cream cheese + gula hingga kembang kemudian whip cream pukul lg hingga kembang, masukkan sebiji telur pukul hingga kembang.... masukkan jus lemon pukul sebati ,masukkan adunan cheese td kedlm loyang biskut..bakar secara double boiling selama 1 jam dgn suhu 180c api bwh shj....dh masak sejukkan....

rendam gelatin dgn 50ml air. kemudian cairkan dgn cara double boiler..
pukul whipping cream hingga kental.. ketepikan. masak coklat masakan secara double boiler hingga coklat cair + kuning telur yg telah dipukul kacau rata diikuti dgn gelatin td..gaul hingga sebati.. angkat..masukkan putih telur yg telah dipukul td kedlm coklat yg masih panas tadi ,kaup balik shj....dh sebati masukkan whip cream td kaup balik hingga sebati. tuang adunan ke dlm loyang yg berisi cheese td sejukkan didlm petiais beberapa jam.. siap

KFC ORIGINAL SECRET CHICKEN RECIPE


12 Herbs and spices.
Share this one so you don't lose it, you won't see it again!

Ingredients
1 whole chicken, cut into pieces
3 beaten eggs
4 tablespoons oil

For the coating

2 cups flour
4 teaspoons paprika
1 teaspoons salt
1 teaspoon pepper
1 teaspoon poultry seasoning (or chicken stock powder)
1 teaspoon oregano
1 teaspoon tarragon
1 teaspoon parsley
1/2 teaspoon thyme
1 teaspoon chives
1/2 teaspoon garlic powder
1/2 teaspoon onion powder
1/2 teaspoon celery salt

Directions:

Sift flour and add together all the coating ingredients and grind finely with a mortar and pestle and place in a clean plastic bag. Coat each chicken piece first with the beaten egg, then with the flour mixture in the bag. Make sure you coat each piece completely with the flour.

Heat the oil in a skillet. Brown the chicken in oil slowly, uncovered. Once browned, cover the skillet and keeping frying on a very gentle heat until the chicken is fully cooked. Place on paper towels to drain out the excess oil.

Followers