BAHAN A
1 ekor ayam yang bersaiz sederhana (~1.5 kg)
BAHAN B (semua ditumbuk sehingga lumat)
1/2 sudu besar Jintan Manis
1 sudu besar ketumbar biji
1/2 sudu besar lada hitam
2 ulas bawang putih
1 ulas bawang besar
sedikit halia (sebesar ibu jari)
BAHAN C
1 sudu teh Oregano
1 sudu teh Rosemary
3 sudu besar gula putih
2 sudu besar madu
1 sudu besar butter
1 sudu teh perencah Maggie 'Cukup rasa'
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam
BAHAN D
Hati ayam (dipotong kecil)
Pedal ayam (dipotong kecil)
1 biji ubi kentang bersaiz kecil (dibuang kulit dan dipotong kiub)
2 biji bawang besar (dibelah 8 setiap satu)
BAHAN E
3 sudu besar Madu
minyak/jus yang keluar dari ayam semasa memasak
BAHAN F
1 biji bawang besar (dibelah 8)
10 biji tomato ceri
Cara-cara Memasak:-
1. Bahan A dan Bahan B dicampur bersama dan diperap bersama ayam sekurang-kurang nya 2 jam.
2. Lebihan dari perapan digunakan untuk menggoreng Bahan D. Setelah masak, angkat dan sumbat kedalam perut ayam.
3. Alaskan durang pembakar dengan aluminium foil dan letakkan ayam
diatas nya dan bakar dalam oven yang bersuhu 180C selama 1 jam
(bergantung kepada saiz ayam) dengan menggunakan api bawah sahaja.
4. Keluarkan ayam dan sapukan bahagian atas ayam dengan bahan E dan teruskan memasak selama 15 minit lagi.
5. Keluarkan ayam sekali lagi dan sapukan bahagian ayam dengan bahan E
untuk kali yang kedua. Taburkan Bahan F dan masukkan kembali kedalam
oven.
Kali ini gunakan api atas sahaja, suhu yang sama 180C selama 5-15 minit (mengikut keperangan yang dikehendaki).
6. Siap. Boleh dihidangkan.
Nota:
1. Kedudukan ayam semasa memanggang adalah saperti dalam foto diatas.
JANGAN di alih-alihkan posisi ayam tu. Biarkan begitu sehingga masak.
2. Kedudukan dalam oven .. rak paling bawah.
3. Pastikan hanya api bawah SAHAJA sehingga masak. Barulah dipasang api
atas SAHAJA selama 5-15 minit (masa bergantung kepada warna keperangan
yg DIKEHENDAKI)
No comments:
Post a Comment