Wednesday, May 25, 2011

Kuih Kasturi/Kuih Kacang



Inti Kacang Hijau
Resepi :
HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2:
  • 1 cawan kacang hijau
  • 3/4 atau 1 cawan gula pasir(kemanisan bergantung kepada selera masing2)
  • 1 sudu kecil garam
  • Air secukupnya untuk merebus kacang
Cara2 membuatnya:
  1. Kacang hijau dicuci dan ditoskan seketika,rebus dengan lebih kurang 7-8 cawan air sehingga empuk.
  2. Apabila air rebusan hampir kering,tambahkan sedikit air supaya kacang lebih lembut dan tunggu sehingga benar2 kering(sila kacau selalu apabila hampir kering tu untuk mengelakkan berkerak atau hangus)
  3. Setelah benar2 kering,barulah masukkan gula dan garam tadi. Inti akan mencair kembali kerana gula yang cair tu..Biarkan renih dan kering lagi sekali..kacau sekali sekala dan pastikan guna api sederhana.
  4. Apabila sudah mula kering,perlahankan api..dan kacau sentiasa.
  5. untuk memastikan inti sudah masak-kacang yang dimasak tadi tidak lagi mengeluarkan wap dari inti atau tiada renihan lagi walaupun api masih terpasang..memang senyap je(takde plup2 dah kat adunan inti tu..haha..bahasa apa aku guna nih),dah siap laa tu..harap faham laa maksudnya ni..hehe
  6. Padamkan api dan sejukkan inti sepenuhnya sebelum dibentuk. 
  7. Bentukkan bulat2 sebesar bola pingpong dan leper2kan sedikit..
Bahan2 membuat adunan tepung/batter:
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/3 sudu mkn marjerin
  • 1 sudu kecil garam
  • secubit gula
  • 1/2 cawan air
  • Sedikit pewarna kuning
  • Minyak secukupnya untun menggoreng-lebih kurang 2 cawan
Cara2:
  1. Dalam bekas,campurkan tepung,marjerin,garam,gula. Masukkan air dan kacau menggunakan hand whisk supaya adunan cepat sebati. Tambahkan sedikit pewarna kuning
  2. Panaskan minyak dalam kuali,celupkan inti yang sudah dibentuk tadi ke dalam adunan tepung dan goreng sehingga keemasan.

Apam Gula Hangus

Bahan-bahan ( untuk sekeluarga. )

  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu susu pekat
  • 1 sudu teh soda bikarbonat.
  • 1 1/2 cawan tepung gandum.

Cara-cara

  1. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air.kemudian sejukkan
  2. Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin kisarkan anggaran 3 minit
  3. Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
  4. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
  5. Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.
  6. Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik.
  7. Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya.

Tuesday, May 24, 2011

Kuih Sagu


 
 (gambar - kuih sagu yang tidak digaulkan dengan kelapa parut muda sebab asben tak suka)

Bahan A
- 1 cawan sagu biji
- 3 cawan air
- 1 cawan gula
- 1 sudu teh pewarna merah
- 1 helai daun pandan (disimpulkan)

Bahan B
- 1/2 biji kelapa parut muda dan sedikit garam digaul rata

Cara buat 
- Biji sagu dibersihkan, rendam sebentar dan toskan
- Masakkan air, gula dan daun pandan hingga mendidih dan buangkan daun pandan
- Masukkan sagu serta pewarna merah. Kacau sehingga sagu kembang
- Apabila sagu kembang, angkat dan masukkan ke dalam loyang dan sejukkan
- Apabila sejuk, potong dan gaulkan dengan kelapa parut muda yang telah digaulkan dengan garam
- Sedia dihidangkan

Tips 
- Bagi memudahkan sagu dipotong, gunakan pisau plastik semasa memotong kuih sagu ini


Saturday, May 21, 2011

Kek Batik


1 bungkus (350g) biskut marie 

Setengah buku butter 

2 biji telur 

1 cwn serbuk koko 

1/2 cwn milo 

1 cwn air 

3/4 cwn gula 

** milo dan koko tu terpulang pd citarasa. nak rase cokelat yg kuat..gune 1 cwn koko+1/2 cwn milo.nak rase yg agak mild,gune 1cwn milo+1/2 cwn koko 

Cara-cara 

patah2kan biskut 

dalam periuk, campurkan koko,milo,air,gula. Dengan api sederhana, kacaukan sampai semua dah larut 

masukkan butter,kacau sampai butter cair 

kecilkan api, masukkan telur..kacau sampai agak2 pekat (lbh kurang 30 saat).padamkan api 

masukkan pula biskut yg dah dipatahkan tadi.kacaukan sampai semua biskut dh di selaputi cokelat.(sukatan biskut terpulang pd citarasa. kalo nak byk cokelat gune sket ajer...) 

masukkan dlm loyang..tekan2 sket bg padat.simpan dlm peti sejuk sebelum dipotong dan dihidang.....yummmyyyy

Stew Daging



Bahan-bahan:-
1 kg daging lembu
4 biji bawang besar..di dadu
3 ulas bawang putih-di dadu
2 cm halia-di ketuk...
2 batang carrot-di kerat kerat
5 biji kentang - di belah dua
4 batang seleri- di potong kecil
2 biji tomato merah..buang kulit dan biji nya-potong dadu
2 helai daun bay(tak taruk pun tak pe)
sedikit italian herbs( kalau ada)
2 kiub ayam
3 sb tomato sos
1 sudu makan tomato puri -kalau nak letak lebih pun boleh..tak taruk pun tak pa..
garam, ground black pepper dan air..
sedikit butter dan minyak utk menumis...

Cara membuat nya:
Potong daging agak besar sikit..cuci bersih ...dan tos kan..gaul daging dengan garam, black pepper dan sedikit tepung gandom.Dalam periuk, letak butter dan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga lembut...masuk kan halia...masuk kan daging ..besar kan api sedikit biar dia garing di luar....kemudian masuk kan carrot kentang celeri tomato .Masuk kan air secukup nya.masuk kan tomato sos, tomato puri dan kiub ayam.bila semua dah sebati..tutup periuk dan kecil kan api...renih perlahan lahan selama 3 jam or hingga daging menjadi lembuuuutttt betul.Bila nampak kuah nya hampir pekat..masuk kan garam dan ground black pepper....Bila rasa dah ok..tutup api dan boleh lah di hidang kan...makan bersama garlic bread..

Ayam Kukus Dan Sayur-sayuran

Bahan-bahannya
300gm ayam
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 batang serai (ditumbuk)
sedikit halia (ditumbuk)
sedikit lada sulah
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil kicap pekat
lobak merah + kacang peas + daun sup + bunga kobis (dipotong kecil)
beberapa cili padi (dipotong)
sedikit air asam jawa (gunakan hanya sedikit air)
garam secukup rasa

Cara-caranya
Campurkan semua bahan kecuali sayur dan cili dan perap ayam semalaman atau 3-4 jam.
Kukus ayam yg sudah diperap ini dlm kukusan.
Apabila hampir masak, masukkan sayur dan cili.

Nota: Semasa mengukus, ayam akan mengeluarkan air dan minyaknya sendiri seterusnya menghasilkan sedikit kuah. Selamat mencuba!

Ikan Kembung Tiga Rasa


Bahan-bahan :-
Beberapa ekor ikan kembung (atau lain2 jenis ikan)

Bahan Kisar :-
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci halia
2 sudu udang kering (direndam)

Bahan Perasa :-
4 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar gula
3 sudu besar cuka
1/2 cawan air
garam secukup rasa
(dicampur bersama)

Kaedah :-
Panaskan 4  sudu besar minyak, tumis bahan kisar sehingga harum. Tambah bahan perasa yang dicampurkan. Masak sehingga didih. Masukkan ikan kembung dan gaul. Tutup periuk dan masak selama 3 minit. Boleh tambah nanas yang dipotong dadu dan hirisan tomato jika mahu.

The "Amazing" Ayam Masak Merah


Ayam ni tak lah dikatakan sedap yang melampau2 atau begitu amazing. Ianya saya berikan nama sedemikian rupa sebab ada dicampur dengan madu amazing keluaran syarikat DCL. madu ini ada 9 herba di dalamnya sangat bagus untuk kesihatan, menyihatkan organ-organ dalaman badan dan meningkatkan antibodi badan.

Bahan-bahan :-
6 ketul ayam
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam
2 tangkai daun kari
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar rempah kari ayam
1 sudu besar rempah kurma
Madu Amazing (ikut bnyk mana nak letak, madu amazing ni madu yang ada 9 herba di dalamnya keluaran syarikat DCL)
100ml air

Bahan untuk dikisar :-
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara Memasak :-
- Perap ayam dengan garam dan kunyit. Goreng sehingga coklat keemasan. Angkat dan ketepikan.
- Panaskan 2 sudu besar minyak, tumis bahan yang dikisar sehingga harum, tambah daun kari, rempah kari, rempah kurma dan air. Masak selama 1 minit.
- Tambah sos tomato dan sos cili, garam dan gula mengikut rasa.
- Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng, madu amazing dan gaul sehingga rata.

Dadih

 

BAHAN-BAHAN :-

2 cawan susu tepung (susu tepung jenis apa-apapun ok)
1 cawan coffee mate
(kedua-dua bahan di atas hendaklah dibancuh dengan 3 cawan air suam sehingga sebati)
9 gram agar-agar (rendam agar-agar dalam air beberapa ketika)
5 cawan air
170 gram gula pasir (kira-kira 1 cawan gula)

Proses membuatnya :-

Masukkan agar-agar dalam periuk kecil dan masukkan 5 cawan air ke dalamnya.
Masak agar-agar dengan 5 cawan air itu sehingga sebati.
Masukkan secawan gula pasir ke dalam sebatian agar-agar tadi.
Masak campuran agar-agar dan gula sehingga sebati.
Masukkan bancuhan susu tepung dan coffee mate tadi dalam sebatian agar-agar bergula yang dimasak tadi.
Masak semua campuran bahan tadi sehingga mendidih.
Masukkan perisa kegemaran anda ke dalam campuran bahan yang dimasak tersebut. Contoh perisa yang biasa ialah coklat, sirap, jagung, keladi dan lain-lain.
Setelah dimasukkan perisa kegemaran anda, tuangkan campuran bahan tersebut ke dalam bekas yang sesuai.
Akhir sekali, letakkan dadih tersebut di dalam peti sejuk selama beberapa ketika.

Pancake Pisang


Bahan A
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder

Bahan B
4 biji pisang berangan
3 sudu besar gula
1/2 sk garam
1 biji telur A
1 cawan susu segar
4 sudu besar minyak

Cara
1. Masukkan semua bahan B dalam blender dan mesinkan sekejap supaya pisang tidak hancur sangat.
2. Ayakkan bahan A dalam mangkuk dan tuangkan bahan B. Kacau dengan whisker.
3. Sendukkan dalam kuali non-stik dan masak dengan api perlahan.

Sedap juga dimakan dengan aiskrim berperisa. Macam dalam gambar ni, dimakan dengan aiskrim perisa durian.

Kek Pisang


Bahan-bahan :-

200 gm pisang emas/berangan - lecek (apa2 pisang yang sesuai, pisang awak pun leh gak. saya guna blender)
150 gm gula kastor
1/2 sudu teh esen pisang (esen pisang tak de, saya ganti ngan esen vanila je)
2 biji telur
1/2 sudu teh ovalette (pelembut kek, yang ni pun saya tak pernah guna)
250 gm tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh baking powder
125 ml susu segar (saya guna susu sejat je)
100 ml minyak

gaulkan pisang + gula + esen & biarkan seketika. Pukul telur +ovalette hingga kembang, masukkan adunan pisang tadi. Masukkan tepung gandum yg ditapis bersama soda & baking. Kemudian masukkan susu segar & minyak. Bakar sehingga masak.

Roti Jala Dan Kari Ayam


Bahan-bahan ( 3 orang )
  • 2 cawan air
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 1/4 cawan minyak
  • sedikit pewarna kuning
  • sedikit garam
  • lain-lain: acuan roti jala, kalau takde, tebuk bawah tin susu ke tin sardin ke... tapi jangan besar sangat lubangnya.
  • untuk Kari Ayam pulak:
  • 7 ketul ayam (dibersihkan dan dibasuh dengan tepung gandum)
  • 4 biji bawang kecil
  • 2 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • sejemput asam jawa
  • 2 sudu serbuk kari
  • 1/2 sudu serbuk kunyit
  • 2 sudu lada boh
  • 1 biji kentang
  • 1 btg lada hidup
  • 4 cawan santan pekat
  • 2 cawan minyak untuk menumis
  • sedikit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih
  • sedikit garam
Cara-cara
  1. Blend semua bahan-bahan untuk membuat roti jala. Pastikan tepung yang melekat didinding blender dihakis supaya semua adunan sekata.
  2. Tapis adunan tadi.
  3. Panaskan pan, kalau dah panas, terus mulakan menjala dengan membuat bulatan dan pusing2 hingga menjadi jala.
  4. Tunggu 1-2 minit, angkat ke pinggan dan lipat dan gulung. Tak payah terbalikkan.
  5. Ulang langkah2 tadi hingga habis adunan. Mostly dapat dalam 20-25 keping, bergantung kepada adunan. Kalau adunan tak keluar dari acuan, tambah setengah cawan air. Sambil2 tu, mari kita masak kari ayam.
  6. Tumis bawang merah, bawang putih & halia yang dah ditumbuk.
  7. Bila dah naik bau, masukkan serbuk kari, serbuk kunyit... kacau sebentar dan masukkan ayam.
  8. Masukkan santan, kentang, lada hidup, kayu kayan tadi & garam secukup rasa. Tunggu mendidih dan sedia.

Friday, May 20, 2011

Kek Coklat Kukus



1 cawan koko
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak/butter 
1 cawan gula

bahan2 kat atas tu sumer campur dlm periuk n jerang atas api kecil campur sampai sebati...ketepikan n biarkan sejuk sket

3 biji telur pukul bg kembang...lepas tu masukkan dlm campuran koko yg dah menyejuk tu, gaul n kendian masukkan 1 cawn tepung, 1 sudu teh baking powder n 1 sudu teh soda bikarbonat.

gaul

kukus api sederhana dlm sejam...

toping aku guna resepi ani

1 cawan susu pekat 1 cawan koko sedikt minyak......

Kuih Ambon / Apam Indon


Bahan-bahan ( sebiji kek saiz 8inci & 20biji cupcake )
  • 5 iji telur
  • 1 sudu kecil ovalette
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 300 gm tepung gandum
  • 300 gm gula halus
  • 250 ml susu segar @ santan (saya pakai susu segar je)
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • sedikit garam
  • pewarna
Cara-cara
  1. Sediakan kukusan.Untuk mengelakkan air menitik ke atas kek, balut penutup dgn sehelai kain.
  2. Ayakkan tepung bersama baking powder.
  3. Campurkan garam ke dalam susu.
  4. Putar telur dan ovalette pd kelajuan tinggi hingga kembang.
  5. Masukkan gula sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan esen vanilla.
  6. Kurangkan kelajuan mixer. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit berselang seli dgn susu.
  7. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian. Masukkan perwarna yg disukai.
  8. Sapukan loyang dg sedikit marjerin.kemudian taburkan sedikit tpg. (cara ni saya guna utk elak adunan dari melekat bila masak nanti)
  9. Masukkan adunan adunan pertama ke dlm acuan. Kukus selama lebih kurang 10 minit atau smpai bhgn atas tu tak melekat.
  10. Ulangi langkah (9) dgn adunan kedua.
  11. Masukkan adunan terakhir dan kukus lagi selama 30-40 minit.

Apam Siam


Bahan-Bahan:


3 biji telur
1 cawan air soda (sprite/seven up/ais krim soda)
3 cawan tepung gandum
1½ cawan gula
Pewarna (ikut suka)


Cara:

Cara membuatnya:-
1) Pukul telur dengan gula sehingga kembang.
2) Apabila bahan sudah kembang. Masukkan air soda dan kacau rata.
3) Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
4) Masukkan dalam talam dan kukus selama 20 minit.


Cadangan Hidangan:

Hiaslah dengan pewarna mengikut corak yang disukai. Saya lebih menyukai corak pelangi. Dinasihati supaya anda mengukus dengan menggunakan satu tingkat sahaja bagi memastikan apam tersebut naik. Jika tersilap sedikit ia akan batat. Sila ikut turutan jika tidak, apam anda tidak akan berhasil.

Ha...pewarna tu dimasukkan setelah bancuhan apam dah dimasukkan kedalam talam. Kalau nak pakai 3 warna, titiskan tiga-tiga warna tersebut ditempat yang berlainan. kemudian pusingkan garpu pada bancuhan tersebut sehingga ia bercorak pelangi.

Oreo Cheesecake (Chilled)


Bahan-bahan ( 1 tin kek bulat (diameter : 10 inci) )

Base
- 120gm Biskut Oreo yang dikisar (biskut sahaja, asingkan krimnya)
- 120gm mentega yang dicairkan (kaedah double-boil)

Filling
(A)
- 2 biji kuning telur
- 120gm gula
- 160ml susu

(B)
- 250gm cream cheese (saya guna philadelphia)
- 2 1/2 sudu besar gelatin dicairkan dalam 6 sudu besar air mendidih
- 250gm whipping cream (dipukul sedikit)
(selalunya dijual dalam paket mcm susu kotak di bahagian dairy products di supermarket)
- 1/2 sudu ebsar jus limau (lemon)
- Krim dari biskut Oreo yang diasingkan dari biskut yang digunakan dalam Base
- 2 Keping biskut Oreo yang dipecahkan kecil (untuk menjadikan kek berbintik hitam)

Cara-cara
1) Base : Campurkan biskut dan mentega yang telah dicarikan. Tekan dalam baking tin bulat yang boleh dibuka dibawahnya. Letakkan dalam peti sejuk dan biarkan basenya keras.


  

2) Masak bahan-bahan dalam (A) atas double boiler. Kacau sehingga mendidih dan sebati. (Jika tiada double boiler, letakkan periuk kecil dalam periuk yang besar yang diisi air, pastikan tiada air masuk periuk kecil berisi bahan2 tersebut)

 

3) Pukul cream cheese sehingga lembut dan masukkan bahan-bahan lain dalam (B). Pukul sehingga sebati. Masukkan bahan (A) yang telah di'double-boil'kan tadi
 
 
4) Tuangkan dalam Base yang disediakan dalam langkah 1. Sejukkan dalam petisejuk (bukan freezer) selama 2-3 jam.
 
 

Kuih Bakar



Bahan-bahan :-

1 cup gula
1 cup jus pandan (atau air + pandan essence)
2 cup tepung gandum
1 1/4 cup santan (atau 1 can santan - 450ml)
2 sudu makan butter
3 biji telur
1/2 sudu teh garam
pewarna hijau
bijan (digoreng tanpa minyak)

Cara-cara :-

campurkan semua bahan, blend sampai sebati. masukkan 2 sudu makan minyak dalam loyang. panaskan loyang dalam oven. bila minyak dah panas, tapiskan bahan2 yang diblendkan ke dalam loyang. tabur kan bijan. bakar 180 darjah sehingga keperangan atau garing.

Kuih Serimuka


BAHAN-BAHAN :-

Bahagian Bawah :
500gm beras pulut
300ml santan pekat
300ml air
2 sudu teh garam

Cara:-
- rendam beras pulut 4 jam
- kukus dalam bekas yang tidak berlubang

Bahagian Atas :
150gm gula pasir (ikut kemanisan)
150gm tepung gandum
250ml santan
350ml air
3 biji telur
air pandan/pewarna hijau

Cara :-
- kacau kesemuanya dalam satu bekas menggunakan 'whisker'
- tapis menggunakan penapis
- masakkan atas dapur, sehingga timbul 'bloom'
- angkat dan tuangkan ke atas pulut yang sudah siap dimasukkan dalam dulang

Tips :-
- gunakan loyang 10' x 10'
- alaskan plastik di dulang, agar senang untuk mengangkat talam yang masak
- boleh buat 1/2 adunan dari sukatan

Followers