Saturday, May 21, 2011

Ikan Kembung Tiga Rasa


Bahan-bahan :-
Beberapa ekor ikan kembung (atau lain2 jenis ikan)

Bahan Kisar :-
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci halia
2 sudu udang kering (direndam)

Bahan Perasa :-
4 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar gula
3 sudu besar cuka
1/2 cawan air
garam secukup rasa
(dicampur bersama)

Kaedah :-
Panaskan 4  sudu besar minyak, tumis bahan kisar sehingga harum. Tambah bahan perasa yang dicampurkan. Masak sehingga didih. Masukkan ikan kembung dan gaul. Tutup periuk dan masak selama 3 minit. Boleh tambah nanas yang dipotong dadu dan hirisan tomato jika mahu.

No comments:

Post a Comment

Followers