Friday, May 20, 2011

Apam Pisang



Bahan-Bahannya
3 cawan tepung gandum ( di ayak bersama soda bikarbonat dan baking powder)
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
4 biji telur
1/2 cawan minyak masak
3/4 cawan gula
5 biji pisang berangan yang sudah ranum dilecek dengan secubit garam
3/4 cawan susu segar@ santan
beberapa titik esen vanila

Cara-caranya

1. Lecek pisang berangan besama secubit garam hingga hancur, selepas itu dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga betul-betul kembang.
2. Kemudian masukkan pisang yang telah dilecek tadi, minyak masak dan esen vanila, pukul lagi, selepas itu masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang seli dengan susu segar, kacau sebati.
3. Panaskan kukusan, pastikan acuan di sapu dahulu dengan sedikit minyak, sudukan adunan apam pisang tadi di dalam acuan,  dan kukus selama 10 minit, letakkan aduna 3/4 bahagian acuan untuk memastikan apam pisang naik cantik apabila siap dikukus nanti.

No comments:

Post a Comment

Followers