Saturday, May 21, 2011

The "Amazing" Ayam Masak Merah


Ayam ni tak lah dikatakan sedap yang melampau2 atau begitu amazing. Ianya saya berikan nama sedemikian rupa sebab ada dicampur dengan madu amazing keluaran syarikat DCL. madu ini ada 9 herba di dalamnya sangat bagus untuk kesihatan, menyihatkan organ-organ dalaman badan dan meningkatkan antibodi badan.

Bahan-bahan :-
6 ketul ayam
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam
2 tangkai daun kari
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar rempah kari ayam
1 sudu besar rempah kurma
Madu Amazing (ikut bnyk mana nak letak, madu amazing ni madu yang ada 9 herba di dalamnya keluaran syarikat DCL)
100ml air

Bahan untuk dikisar :-
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara Memasak :-
- Perap ayam dengan garam dan kunyit. Goreng sehingga coklat keemasan. Angkat dan ketepikan.
- Panaskan 2 sudu besar minyak, tumis bahan yang dikisar sehingga harum, tambah daun kari, rempah kari, rempah kurma dan air. Masak selama 1 minit.
- Tambah sos tomato dan sos cili, garam dan gula mengikut rasa.
- Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng, madu amazing dan gaul sehingga rata.

No comments:

Post a Comment

Followers